Anda Pengunjung Ke :

Wednesday 3 January 2018

Kemangkatan YAM Tengku Aris Temenggong Selangor.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merrafak Sembah Takziah Kepada

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

DI ATAS KEMANGKATAN

Image result for tengku aris temenggong selangor
Almarhum Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan
Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj,
D.K.II, S.S.I.S., P.J.K.

28 APRIL 1926 - 3 JANUARI 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa nenda saudara kepada DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj telah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi tadi. Almarhum mangkat ketika berusia 91 tahun. Jenazah Almarhum dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah ke Istana Alam Shah pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Jenazah Almarhum dimandi, dikafan serta disembahyangkan selepas solat Asar pada jam 5 petang. Jenazah Almarhum dibawa ke Makam DiRaja Klang untuk dimakamkan. Jenazah Almarhum selamat dimakamkan pada pukul 6.30 petang tadi. Berangkat ke istiadat pemakaman ialah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, DYTM Tengku Amir Shah, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah serta kerabat diraja Selangor yang lain. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...