Anda Pengunjung Ke :

Friday 6 October 2017

Perarakan Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam.

ISTIADAT PERARAKAN MENGELILINGI BANDAR SERI BEGAWAN
SAMBUTAN JUBLI EMAS PEMERINTAHAN SULTAN BRUNEI.


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyambut Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Baginda. Baginda menaiki takhta Brunei yang dikosongkan oleh Almarhum ayahanda baginda pada 5 Oktober 1967 ketika berusia 21 tahun. Kini, selepas 50 tahun, baginda meraikan Jubli Emas Pemerintahan baginda pada usia 71tahun. 

Acara kemuncak bagi Sambutan Jubli Emas Pemerintahan baginda ialah Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan yang diadakan pada 5 Oktober 2017. Pada istiadat ini, baginda bersama isteri dan anakanda baginda akan menaiki kenderaan khas yang berkilau keemasan untuk mengelilingi Bandar Seri Begawan untuk menyatakan tanda kasih baginda kepada rakyat jelata. Seramai 40,000 orang pegawai dan kakitangan kerajaan, pelajar, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, pergerakan belia serta badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan beratur sepanjang laluan perarakan itu nanti. Di samping itu, dianggarkan lebih 45,000 orang lagi yang terdiri orang ramai iaitu rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam serta pelancong ke Brunei akan sama-sama turun untuk memeriahkan dan menyaksikan acara penuh gilang-gemilang serta bersejarah ini.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Almarhum Pengiran Anak Haji Mohamad Alam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. 


KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

KDYMM Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.




DYTM Pengiran Muda Mahkota bersama adinda-adinda baginda.

Putera-putera Sultan Brunei.

Lambaian kepada rakyat jelata.

YTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

YTM Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...