Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 3 October 2017

DYTM Raja Puan Besar Perak Mangkat.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merafak Sembah Takziah 
kepada

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan 
Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa,
D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.

DI ATAS KEMANGKATAN

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah,
D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.

18 OKTOBER 1942 - 3 OKTOBER 2017

Dukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah telah mangkat di Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 5.07 minit petang, hari Selasa, 3 Oktober 2017. Almarhum berusia 75 tahun. Berita kemangkatan Almarhum dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir. Almarhum meninggalkan suami, DYTM Raja Jaafar Raja Muda Musa serta seorang putera dan seorang puteri, YM Raja Shah Azman dan YM Raja Nor Azwina. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. 

3 comments:

  1. assalammualaikum
    raja nor mahani mangkat pada usia 75 tahun bukan 85 tahun, boleh admin betulkan

    ReplyDelete
  2. Takziah dr kami sekeluarga...semuga Allah memncucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama mereka yg soleh kedlm Syurga.....Ameen.
    Al Fatehah

    ReplyDelete
  3. Takziah dr kami sekeluarga...semuga Allah memncucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama mereka yg soleh kedlm Syurga.....Ameen.
    Al Fatehah

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...