Anda Pengunjung Ke :

Monday 11 September 2017

Sidang Media Khas Menteri Besar Kedah Sempena Kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.




Kenyataan Media Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah Mengumumkan Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.

Bismillahirrahmanirrahim.
Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand) telah mangkat di Istana Anak Bukit pada hari ini Isnin 11 September 2017 Masihi bersamaan 20 Zulhijjah 1438 Hijrah pada jam 2.30 petang di Istana Anak Bukit. 


Jenazah Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit pada hari Selasa 12 September 2017, jam 10.30 pagi. 

Jenazah Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Baru Istana Anak Bukit, Alor Star bagi maksud penghormatan terakhir mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dan kemudiannya akan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar pada hari Selasa 12 September 2017 jam 4.00 petang. 

Jenazah Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan diiringi ke Makam DiRaja melalui jalan-jalan Lebuhraya Darul Aman, Jalan Tun Razak. Jalan Langgar dan terus ke Makam DiRaja Langgar. 

Bendera negeri Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama 3 hari mulai hari ini. Tempoh perkabungan adalah selama 7 hari mulai hari ini 11 September 2017 hingga 17 September 2017. Dalam waktu tersebut semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan. 

Bahawa saya. selaku Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman dengan ini mengisytiharkan pada hari Selasa iaitu 12 September 2017 Masihi bersamaan 21 Zulhijjah 1438 Hijrah adalah cuti kelepasan am untuk seluruh Negeri Kedah Darul Aman kecuali untuk Peperiksaan UPSR yang akan berjalan seperti biasa. 

Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah S.W.T. semoga Roh Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...