Anda Pengunjung Ke :

Friday 15 September 2017

Seri Paduka Berangkat Ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah.


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk berangkat ke lokasi tragedi kebakaran yang melibatkan 23 orang pelajar dan guru pusat tahfiz terkorban. Baginda yang memandu sendiri itu tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Keramat, Kuala Lumpur. Baginda tiba pada pukul 10.20 malam.


Seri Paduka berkenan untuk meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat keadaan pusat tahfiz berkenaan. Pada tragedi kira-kira pukul 5.45 pagi pada 14 September 2017 itu mengorbankan 21 orang pelajar dan 2 orang ustaz yang mengajar di pusat tahfiz tersebut. Turut hadir, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kewangan II YB Dato' Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kesejanteraan Bandar YB Tan Sri Noh Omar, Timbalan Menteri Di JPM YB Senator Dato' Asyraf Wajdi Dusuki, dan Ketua Polis Negara YADh Tan Sri Mohd Fuzi Harun. 

Pada waktu yang sama juga kerajaan mengumumkan peruntukan RM 30 juta untuk semua pusat tahfiz di seluruh negara. Peruntukan ini adalah untuk mengemaskini struktur pusat tahfiz secara fizikal. Kerajaan juga memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang terkorban, mangsa yang cedera dan mereka yang terbabit yang mengalami trauma. 





Seri Paduka melanbai kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...