Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 10 September 2017

Menantu Almarhum Tunku Abdul Rahman Terima Gelaran Tan Sri.




Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Darul Naim
Tan Sri Dato' Tengku Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz,
D.K., S.P.M.K., S.J.M.K., P.S.M.

DAN

Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Darul Naim
Puan Sri Dato' Tunku Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
D.J.M.K.


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Darul Naim, Tan Sri Dato' Tengku Mohamamad Rizam Ibni Tengku Abdul Aziz kerana dianugerahi dengan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran "Tan Sri" sempena Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Beliau yang merupakan sepupu kepada Sultan Muhammad V itu merupakan salah seorang daripada 47 penerima Panglima Setia Mahkota pada tahun ini.


Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab. Beliau merupakan putera sulung kepada YBM Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Tengku Muhammad Hamzah dan YBM Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan anakanda saudara kepada YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Beliau diputerakan pada 19 Julai 1961 di Istana Kota Lama,Kota Bharu. Beliau pernah berkhidmat dalam bidang perbankan bersama RHB Bank. Beliau dilantik sebagai Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010dan seterusnya menjadi Tengku Temenggong Kelantan menggantikan YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada tahun 2014. 

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan menantu kepada Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1991. Pasangan diraja ini dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri. 

Warisan Permaisuri Melayu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat YBM Tengku Temenggong Kelantan diatas penganugerahan yang membawa gelaran "Tan Sri".

1 comment:

  1. As salam. Mohon dapat rujuk Pejabat Sultan Kelantan (09-7416626) bagi penggunaan nama dan gelaran serta susunan darjah kebesaran yang betul. Terima kasih.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...