Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 8 November 2016

Keletah Raja Nazira Safya Pada Istiadat Keputeraan Sultan Perak.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah telah diadakan pada 5 November 2016 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Apa yang paling menarik perhatian rakyat jelata adalah keberangkatan puteri bongsu Sultan Perak iaitu Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah ke Balairong Seri untuk sama-sama meraikan Hari Keputeraan ayahanda baginda. Raja Nazira yang duduk sebaris dengan kerabat-kerabat diraja kelihatan amat comel dengan busana yang dikenakan. Keletah dan gerak geri puteri comel ini yang kelihatan bersahaja mencuit hati sesiapa yang memandang. Mimik muka yang dibuat oleh Raja Nazira juga menarik perhatian. Pada usia 5 tahun, Raja Nazira dilihat cukup tertib dalam melibatkan diri dalam istiadat rasmi walaupun masih kecil.


Sultan Nazrin Shah bersama Tuanku Zara yang berpimpin tangan dengan Raja Nazira.

Mimik muka yang dibuat oleh Raja Nazira.






Menadah tangan mengaminkan doa.




Bergurau dengan ayahanda saudara, Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Muhammad Salleh.



Duduk sebaris dengan ayahanda dan bonda saudara iaitu Dato' Seri Salleh dan Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen.


Tuesday 1 November 2016

Ulangtahun Ke-5 Warisan Permaisuri Melayu.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman

TERIMA KASIH !!!

Ikhlas daripada :

Warisan Permaisuri Melayu
www.warisanpermaisuri.blogspot.my


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...