Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 29 September 2015

Darjah Kebesaran dan Perhiasan Permaisuri Agong Dalam Potret Rasmi.

Atas permintaan seorang pembaca, post berkenaan Darjah Kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di dalam potret rasmi dibuat. Di dalam post ini juga ditunjukkan sedikit perhiasan baginda yang dipakai didalam potret rasmi. Gandik Diraja yang lama dipakai oleh Raja Permaisuri Agong Pertama sehingga Raja Permaisuri Agong Ketujuh. Gandik Diraja baharu dibuat untuk pertabalan Raja Permaisuri Agong Kelapan dan gandik itu digunakan sehingga kini. Manakala Kalung Diraja yang lama dipakai oleh Raja Permaisuri Agong Pertama sehingga Raja Permaisuri Agong Kelapan. Kalung Diraja yang baru dibuat bermula Raja Permaisuri Agong Kesembilan dan digunakan sehingga kini.
















Sunday 27 September 2015

Sultan Zaman Jepun.

Dalam sejarah Kesultanan Melayu, terdapat tiga buah negeri yang bertukar Sultan apabila kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1942. Tiga buah negeri ini ialah Perlis, Selangor dan Terengganu. Namun, apabila pihak British mengambil alih pemerintahan negara pada tahun 1945, ketiga-tiga Sultan ini diturunkan takhta. Berikut merupakan tiga orang Sultan yang dinaikkan takhta semasa Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Raja Tuan Syed Hamzah Ibni Almarhum Syed Safi Jamalullail.


Syed Hamzah Ibni Tuan Syed Safi Jamalullail diputerakan pada tahun 1895. Baginda merupakan putera ketiga kepada Raja Perlis Tuan Syed Safi Ibni Almarhum Syed Alwi Jamalullail dan isterinya Inche Shamsiah Binti Lebai Mat Amin. Baginda mendapat pendidikan di St. Xavier Institution, Georgetown, Pulau Pinang. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh pihak Jepun apabila kekanda baginda Raja Tuan Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Safi Jamalullail mangkat pada 1 Februari 1943. Baginda ditabalkan sebagai Raja Perlis ke 3 pada 2 Februari 1943 di Istana Arau. Baginda memerintah selama lebih kurang 2 tahun sehingga Jepun menyerah kalah pada 17 September 1945. Pentadbiran Tentera British telah menyerahkan takhta kepada cucunda saudara Syed Hamzah iaitu Tuanku Syed Putra Jamalullail. Baginda menawarkan diri untuk hidup diluar negeri Perlis dan menetap di Satun, Thailand. Tapi kemudiannya baginda kembali ke Tanah Melayu dan menetap di Alor Star,Kedah. Baginda merupakan penggubah lagu bagi negeri Perlis. Syed Hamzah berkahwin sebanyak tiga kali. Pertamanya dengan Tengku Kalsum Binti Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Kali kedua dengan Inche Aminah Binti Merah Sutan dan ketiga dengan Sharifah Aminah Binti Syed Abbas Al Sagoff. Baginda dikurniakan 2 putera dan 4 puteri. Puteri sulung baginda merupakan seorang Seniwati filem Melayu iaitu Seniwati Sharifah Hanim. Syed Hamzah Jamalullail mangkat pada 20 Februari 1958 di Alor Star pada usia 63 tahun. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Arau. 

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj.


Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah diputerakan pada 9 Disember 1893 di Istana Bandar Temasha, Kampung Bandar, Jugra, Kuala Langat. Baginda merupakan putera sulung kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Paduka Seri Negara Tengku Ampuan Maharum Binti Almarhum Tunku Ziauddin. Baginda mendapat pendidikan di Victoria Institution,Kuala Lumpur dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK).Baginda dikurniakan gelaran Tengku Putra Mahkota pada 4 November 1903 ketika berusia 10 tahun. Dilantik ke jawatan Raja Muda Selangor pada tahun 1919. Walaubagaimanapun, baginda diturunkan dari jawatan Raja Muda pada 31 Oktober 1934. Jawatan Raja Muda diberikan kepada adinda baginda, Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj. Sultan Musa diberikan gelaran Tengku Kelana Jaya Petra pada 20 Julai 1936. Apabila ayahanda baginda mangkat pada tahun 1938, adinda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Selangor. Namun, apabila Jepun datang menjajah Tanah Melayu, mereka tidak mengiktiraf Sultan Hisamuddin sebagai Sultan Selangor. Lalu, Sultan Hisamuddin diturunkan takhta dan Sultan Musa dilantik sebagai Sultan Selangor pada 15 Januari 1942. Baginda ditabalkan pada 4 November 1943 di Istana Mahkota,Klang. Baginda memerintah negeri Selangor sehingga 14 September 1945. Pihak Pentadbiran Tentera British menurunkan baginda daripada takhta dan mengembalikan takhta kepada Sultan Hisamuddin. Baginda dibuang negeri ke Pulau Cocos-Keeling namun dibenarkan kembali ke Singapura pada tahun 1946. Sultan Musa berkahwin sebanyak tiga kali. Pertamanya dengan YM Tengku Sharifah Mastura Binti Syed Ahmad Shahbuddin, Tengku Permaisuri. Keduanya dengan YM Tengku Jeriah Binti Tengku Ariffin dan akhir sekali dengan Cik Puan Anjang Binti Abdullah. Baginda mangkat pada 8 November 1955 pada usia 62 tahun di Kuala Lumpur.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Ali Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.


Sultan Ali Shah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah diputerakan pada 24 Januari 1914 di Istana Tepi Bukit , Kuala Terengganu. Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Tengku Ampuan Besar Mariam Binti Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan meneruskan pengajian di St. Andrew School, Eastbourne,Sussex. Baginda melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford dalam bidang Geografi namun tidak sempat menghabiskan pengajian. Sultan Ali dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Muda Terengganu pada 29 Januari 1942. Ayahanda baginda Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942. Sultan Ali dinaikkan sebagai Sultan oleh pemerintahan tentera Jepun pada 30 September 1942. Baginda memerintah negeri Terengganu sehingga Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Pada 16 Disember 1945, seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat dan mengisytiharkan Sultan Ali bukan lagi Sultan Terengganu. Sultan Ali diturunkan takhta dan digantikan oleh ayahanda saudara baginda Tengku Ismail Nasiruddin yang kemudiannya bergelar Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Baginda berkahwin sebanyak 4 kali iaitu dengan Cik Fatimah Binti Ismail (bercerai 1933), Tuan Nik Sharifah Aminah Binti Syed Abdullah, YAM Tengku Ainul Jamil Binti Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin, Tengku Ampuan Besar Terengganu (bercerai 1947), dan akhir sekali YM Tengku Roqaiya Binti Tengku Su.Sultan Ali mangkat pada 17 Mei 1996 pada usia 82 tahun.-

Saturday 26 September 2015

Kerabat Bergelar Selangor Darul Ehsan.

Kerabat-kerabat DiRaja Bergelar negeri Selangor Darul Ehsan pada hari ini merangkumi 4 lapisan keturunan diraja Selangor. Penyandang tertua ialah putera Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah iaitu Tengku Aris Temenggong Tengku Muhammad Yusuf yang kini berusia 89 tahun. Lapisan kedua terdiri daripada putera-putera Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah iaitu Tengku Besar Putra Tengku Ismail Shah, satu-satunya anakanda Sultan Hisamuddin yang masih hidup. Seterusnya putera-putera Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj iaitu Tengku Sulaiman, Tengku Abdul Samad dan Tengku Ahmad Shah. Lapisan keturunan yang terakhir adalah satu-satunya putera DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj iaitu DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. 

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan 
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.

Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Darul Ehsan
- kosong -
Penyandang terakhir : Almarhum Y.A.M. Tengku Badli Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj.

Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Selangor Darul Ehsan
- kosong -
Penyandang terakhir : Almarhum Y.A.M. Tengku Azman Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj, D.K..II, S.J.M.K., S.P.M.S.

Yang Amat Mulia Tengku Besar Putra Selangor Darul Ehsan
Tengku Ismail Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj, S.P.M.S.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor Darul Ehsan
Tengku Sulaiman Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, D.K.II, D.K.(Johor), S.J.M.K., S.P.M.J., S.P.M.S., P.I.S.


Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Selangor Darul Ehsan
Tengku Abdul Samad Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, D.K.II, S.S.S.A.

Yang Amat Mulia Tengku Indera Setia Selangor Darul Ehsan
Tengku Ahmad Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj,
S.S.S.A., S.P.T.J., S.S.M.T., D.S.M.T., P.S.D., D.P.M.S.

Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan
Tengku Muhammad Yusuf Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj, D.K.II, S.S.I.S., P.J.K.

Yang Amat Dihormati Tengku Sri Wangsa DiRaja Selangor Darul Ehsan
Tengku Dato' Setia Ramli AlHaj Ibni Tengku Shaharuddin Shah,
S.S.I.S., D.S.S.A., S.M.S., P.J.K.

Yang Mulia Tengku Indera Pahlawan DiRaja Selangor Darul Ehsan
Tengku Dato' Putra AlHaj Ibni Almarhum Tengku Azman Shah AlHaj, D.P.M.S.

Darjah Kebesaran Agong Dalam Potret Rasmi.





















Friday 25 September 2015

Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Pertama
( 16 September 1963 - 28 Mac 1969 ).
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Abang Haji Openg Bin Abang Spi'ee,
S.M.N., P.N.B.S., O.B.E.(United Kingdom).

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Kedua
( 2 Apri 1969 - 2 April 1977 ).
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Tan Sri Tuanku Haji Bujang Bin Tuanku Othman,
S.M.N., D.P., P.S.M., M.B.E.(United Kingdom).

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ketiga
( 2 April 1977 - 2 April 1981 ).
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Dato' Seri Haji Abang Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng,
S.M.N., D.P., S.P.M.P., D.U.N.M., D.U.P.N., S.P.D.K., P.C.D.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Keempat
( 2 April 1981 - 2 April 1985 ).
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Dato' Seri Haji Abdul Rahman Bin Ya'kub,
S.M.N., D.P., S.I.M.P., S.P.M.K., S.P.M.S., S.S.D.K., S.P.M.P., S.P.D.K., P.N.B.S.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Kelima
( 2 April 1985 - 5 Disember 2000 ).
Yang Amat  Berbahagia Tun Datuk Patinggi Dato' Seri (Dr.) Haji Ahmad Zaidi Adruce Bin Muhammed Noor,
S.M.N., S.S.M., D.P., P.N.B.S., S.P.M.S., S.P.M.K., S.S.M.T., S.P.D.K., D.U.N.M., D.U.P.N., Bintang Mahaputra Adipradana(Indonesia), P.S.L.J.(Brunei).

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Keenam
( 22 Februari 2001 - 28 Februari 2014 ).
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Dato' Seri Haji Abang Muhammad Salahuddin Bin Abang Barieng,
S.M.N., D.P., S.P.M.P., D.U.N.M., D.U.P.N., S.P.D.K., P.C.D.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ketujuh( 1 Mac 2014 - sekarang ).
Yang Amat Berbahagia Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud,S.M.N., S.B.S., D.K.(Johor), D.K.(Pahang), D.P., P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., S.S.A.P., D.G.S.M., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., KT.W.E.(Thailand), K.E.P.N.(Indonesia), S.P.M.B.(Brunei), K.O.U.(Korea), A.O.(Australia), P.C.D.

Wednesday 23 September 2015

23 September 1999 : Pertabalan Sultan Salahuddin Sebagai Agong.


Pada tarikh 23 September 1999, satu lagi sejarah negara tercipta apabila Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 11 diadakan. Istiadat penuh gilang gemilang ini diadakan di Balairong Seri,Istana Negara Kuala Lumpur. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Siti Aishah Binti Abdul Rahman ditabal menaiki takhta kerajaan persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 11. Sultan Salahuddin ketika itu berusia 73 tahun manakala Tuanku Siti Aishah berusia 28 tahun. Tuanku Siti Aishah mencipta sejarah sebagai Raja Permaisuri Agong termuda negara sehingga hari ini. Sultan Salahuddin menjadi Sultan Selangor pada tahun 1960 dan baginda menunggu selama lebih kurang 40 tahun untuk mendapat giliran menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Sayangnya, khidmat baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong tidak lama. Baginda mangkat pada tahun 2001, setelah 3 tahun bersemayam sebagai Yang Di-Pertuan Agong.Baginda merupakan Sultan Selangor kedua mangkat ketika bergelar Yang Di-Pertuan Agong. Ayahanda baginda, Sultan Hisamuddin hanya sempat menjadi Yang Di-Pertuan Agong selama 5 bulan sahaja sebelum mangkat pada hari pertabalan baginda.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menuju ke Balairong Seri.

Baginda berkenan memeriksan kawalan kerhomat Batalion Askar Melayu DiRaja.

Mengucup Keris Kerajaan sebagai simbol penerimaan kuasa pemerintahan.

Mengucup Al-Quran sebagai simbol Islam agama rasmi negara.

Menyampaikan titah diraja sempena Istiadat Pertabalan.

Baginda mengaminkan doa selamat yang dibacakan oleh pegawai agama Istana Negara.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...