Anda Pengunjung Ke :

Saturday 21 June 2014

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke 159..


Dewan Negara Perak yang bersidang buat kali ke 159 pada hari Jumaat, 20 Jun 2014 telah memutuskan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak untuk Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara. Menyuarat itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah dan diadakan di Istana Iskandariah. Gelaran itu berkuatkuasa bermula Jumaat 20 Jun 2014 bersamaan 22 Syaaban 1435 Hijrah. 

DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara.

Menurut Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim, Sultan Perak juga memperkenankan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun kepada balu Almarhum Sultan Azlan Shah yang juga merupakan bonda baginda. Berkuatkuasa semalam, gelaran rasmi Tuanku Bainun ialah Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun.


YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Selain itu, mesyuarat juga memutuskan tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 November dan akan mula disambut pada tahun 2015.

Dewan Negara Perak juga telah mengeluarkan senarai baru Pewaris Takhta Negeri Perak yang berkuatkuasa 20 Jun 2014. Jawatan Raja Muda Perak diisi oleh Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Manakala jawatan Raja Dihilir diisi oleh Raja Iskandar Zulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. Anakanda sulung Sultan Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Shah dikurnia pangkat Raja Kechil Besar Perak. Cucunda Almarhum Sultan Azlan, Raja Ahmad Nazim Ibni Almarhum Raja Ashman Shah mengekalkan jawatannya sebagai Raja Kecil Tengah Perak.

Berikut merupakan senarai penuh Kerabat Bergelar Perak yang baru :





Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah,
D.K.,D.K.II(Selangor),D.K.S.A.,S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),Ph.D.(Harvard).


Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Binti Salim Davidson, D.K.S.A.,D.K.A.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, D.K.,S.P.C.M.,J.S.M.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan

Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, D.K.A.,S.P.C.M.,P.C.M.

Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan
Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah,D.K.A.II,S.P.C.M.,S.S.D.K.

Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan
Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,D.K.A.II,S.H.M.S.,S.S.D.K.

Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan
 Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Yang Teramat Mulia Raja Kechil Sulong Perak Darul Ridzuan

-Kosong-


Yang Teramat Mulia Raja Kechil Tengah Perak Darul Ridzuan

Raja Dato' Ahmad Nazim Ibni Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah, D.K.A.II.


Yang Teramat Mulia Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan

-Kosong-

3 comments:

  1. Apabila memakai gelaran 'Duli' maka tidak perlu disusuli dengan Dato' Seri atau Dr. dan pembetulan pada nama Raja Dihilir, Nama baginda tuanku mempunyai D di hadapan (Dzulkarnain) dan ejaan Raja Puan besar Perak adalah Raja Nor Mahani

    ReplyDelete
  2. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah. D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K II (Selangor), S.P.C.M.,
    S.P.T.S., S.P.M.P (Perlis)., Ph.D.(Harvard).
    ini adalah nama rasmi bagi sultan perak yang baru

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...