Anda Pengunjung Ke :

Thursday 6 February 2014

Khas Sempena 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah..

WARISAN PERMAISURI akan membawakan segmen khas sempena Sambutan 30 Tahun Sultan Azlan Shah selaku Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2014. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak pada 3 Februari 1984 menggantikan Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah. Daripada seorang Ketua Hakim Negara kepada seorang Raja Pemerintah. Itulah tuah Sultan Azlan . Kerjaya profesional baginda amat dikagumi dan merupakan seorang yang disegani dalam bidang perundangan negara. Lebih membanggakan lagi, baginda merupakan satu-satunya raja di dunia yang pernah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Sepanjang bergelar seorang hakim, baginda banyak mengadili kes-kes yang berprofil tinggi. Baginda juga mencipta rekod sebagai Hakim termuda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1965 ketika berusia 37 tahun. Selain pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perundangan negara,baginda juga pernah menjadi Ketua Negara. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 9 pada tahun 1989 hingga 1994. Sepanjang 30 bergelar Sultan Perak, baginda begitu komited dengan tugas baginda selaku Ketua Negeri. Baginda yang berusia 85 tahun dinasihatkan oleh para doktor untuk berehat. Tugas Sultan Perak dipangku oleh anakanda baginda DYMM Raja Dr Nazrin Shah. Sempena sambutan 30 Tahun Sultan Azlan di atas takhta negeri Perak Darul Ridzuan, WARISAN PERMAISURI akan berkongsi 30 Gambar  Wajah-wajah Sultan Azlan sepanjang hayat baginda. Sama-sama kita doakan semoga Tuanku diberikan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT selalu. Amin..........



















WAJAH SEORANG SULTAN KESAYANGAN.

1 comment:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...