Anda Pengunjung Ke :

Thursday 9 January 2014

WAJAH-WAJAH : Tuanku Abdul Halim dan Sultanah Bahiyah.

WAJAH-WAJAH kali ini menampilkan pasangan DiRaja dari negeri Kedah Darul Aman. Pasangan yang dimaksudkan ialah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda berdua merupakan Sultan dan Sultanah Negeri Kedah bermula tahun 1958. Menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 5 pada tahun 1970 hingga 1975. Mendirikan rumah tangga bersama Sultanah Bahiyah yang merupakan puteri kepada Yang Di Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1956 dan dikurniakan seorang puteri. Sultanah Bahiyah mangkat pada tahun 2003 akibat penyakit kanser pada usia 73 tahun. Tuanku Abdul Halim sehingga kini menjadi Sultan Kedah dan mencatat sejarah sebagai Raja Melayu pertama yang menjadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali.


Potret rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke.5.

Baginda berdua merupakan pasangan yang romantik. Tuanku Abdul Halim dan Sultanah Bahiyah amat disayangi segenap lapisan masyarakat. Kemangkatan Sultanah Bahiyah pada tahun 2003 amat menyentap perasaan Tuanku dan seluruh rakyat jelata.

Potret sebagai Sultan dan Sultanah Kedah.


Ketika Istiadat Pertabalan baginda berdua pada tahun 1970.

Baginda berdua sering diundang merasmikan pelbagai majlis dan acara.

Potret mesra baginda berdua. Sama cantik sama padan.

Tuanku berdua semasa Istiadat Perkahwinan baginda berdua pada tahun 1956. Pada ketika ini Tuanku Abdul Halim merupakan Raja Muda Kedah dan mendirikan rumah tangga bersama puteri Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Bahiyah.

Baginda berdua semasa berangkat ke Sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar Pekan Pahang.

Baginda berdua bergambar bersama Queen Elizabeth II dan suami baginda Prince Philip Duke of Edinburgh semasa lawatan baginda berdua ke United Kingdom.

Baginda berdua berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 8 .


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...