Anda Pengunjung Ke :

Sunday 8 December 2013

Wajah terbaru Tunku Puan Zanariah dan Tunku Puan Nora.


Assalamualaikum. Agak lama tidak kedengaran berita tentang dua puteri DiRaja Kelantan yang menjadi Sultanah di negeri Johor ini. Baginda berdua ialah Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Tengku Ahmad dan Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Tengku Ahmad. Berita terakhir ialah berkenaan penarikan gelaran Sultanah dari baginda berdua dan diberikan gelaran baru iaitu Yang Amat Mulia Tunku Puan.

Tunku Puan Zanariah diputerikan pada 5 Julai 1940 di Istana Dusun Green Pasir Mas Kelantan. Baginda merupakan puteri ketujuh kepada Tengku Ahmad Panglima Raja Kelantan. Bertemu jodoh dengan Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail pada 20 Ogos 1961. Bergelar Sultanah Johor pada 11 Mei 1981 sehingga kemangkatan suami baginda pada Januari 2010. Menjadi Raja Permaisuri Agong ke 8 bemula tahun 1984 hingga 1989. Baginda dikurnikan 10 orang cahaya mata bersama Sultan Iskandar. Diberikan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Puan oleh anakand tiri baginda Sultan Ibrahim pada 17 Februari 2011. Baginda kini berusia 73 tahun dan menetap di Johor Bahru, Johor. Berikut merupakan gambar terbaru baginda. Baginda masih lagi anggun dan cantik .





Tunku Puan Nora dilahirkan pada 10 Oktober 1937 is Istana Dusun Green, Pasir Mas Kelantan. Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 13 September 1977 dan ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 28 Oktober 1978 menggantikan Almarhum Sultanah Aminah yang mangkat akibat kemalangan. Baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Setelah kemangkatan Sultan Ismail pada tahun 1981, baginda diberikan gelaran Yang Maha Mulia Sultanah oleh anakanda tiri baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Bergelar Tunku Puan setelah cucunda tiri baginda Sultan Ibrahim menaiki takhta negeri Johor berkuatkuasa mulai 17 Februari 2011.  Pada 10 Oktober 2012, Hospital Batu Pahat ditukar nama kepada Hospital Sultanah Nora Ismail mengambil sempena nama baginda. Kini baginda berusia 76 tahun dan menetap di Johor Bahru. Gambar terbaru baginda menunjukkan baginda semakin kurus, mungkin akibat masalah kesihatan. Apa pun, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Tunku Puan Nora Ismail.






9 comments:

  1. Assalam. Saya doakan semoga Tuanku berdua dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. aminn

    ReplyDelete
  2. Tunku Puan pernah menjadi Raja Permaisuri Agong yg tercantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Baginda pernah menjadi Ratu Cantik sekitar tahun 1960 an.

      Delete
  3. Kakak kahwin dgn ayah
    adik kahwin dgn anak

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah pelihara Tuanku berdua...

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah pelihara Tuanku berdua...

    ReplyDelete
  6. Doa yg baik2 saja kpd mereka brdua.Tunku Puan Nora Dan Tunku Puan zanariah

    ReplyDelete
  7. Doa yg baik2 saja kpd mereka brdua.Tunku Puan Nora Dan Tunku Puan zanariah

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...