Anda Pengunjung Ke :

Friday, 16 November 2012

PEWARIS : KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah...


Putera pertama yang akan dipaparkan dalam segmen PEWARIS adalah Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah,D.K.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.K.(Terengganu),D.K.(Johor),S.P.M.J.,P.A.T. 

Diputerakan pada tanggal 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan Pahang.Merupakan putera sulung kepada pasangan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhum KDYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Perang.Merupakan anakanda keempat daripada 8 orang adik beradik.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad,Pekan Pahang.Seterusnya meneruskan pelajaran di Sekolah Inggeris St Thomas Kuantan.Melanjutkan pelajaran ke peringkat tinngi di Aldenham School dan Davis College,London.

 
Bertemu jodoh dengan puteri Sultan Johor iaitu KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Almarhum Sultan Iskandar pada 6 Mac 1986 ketika baginda berusia 27 tahun.Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Bukit Serene Johor Bahru.Perkahwinan baginda dikurniakan 4 orang putera dan seorang puteri.Walaubagaimanapun anakanda sulung baginda mangkat ketika berusia satu hari.Kali kedua baginda berkahwin pula dengan seorang aktres Julia Rais atau nama sebenarnya Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais.Tengku Abdullah dan Julia Rais dikurniakan 3 orang puteri.Tengku Abdullah juga mengambila dua orang anak angkat salah seorangnya ialah YM Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Ibrahim.


Tengku Abdullah dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975.Baginda di mashyurkan secara rasmi pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan Pahang.Ditabalkan sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 kerana ayahanda baginda dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 8.Tengku Abdullah kembali menjadi Tengku Mahkota pada tahun 1984 sehinggalah sekarang.

Baginda merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan.Baginda sangat berminat dengan bola sepak dan juga polo.Baginda memegang pelbagai jawatan di dalam pelbagai pertubuhan sukan.Baginda merupakan Presiden Kelab Polo Diraja Selangor,Presiden Kelab Golf Diraja Pahang,Persatuan Squasy Pahang,Presiden Persekutuan Hoki Malaysia semenjak tahun 2008.Selain itu Tengku Abdullah juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia dan Presiden Seumur Hidup Persatuan Bola Sepak Pahang.Baginda juga pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 1992-1993 dan 1994-2007.Di dalam bidang pendidikan pula,baginda merupakan Cancelor Universiti Kuala Lumpur semenjak tahun 2004.




Tengku Abdullah juga aktif di dalam bidang ketenteraan.Semasa baginda menjadi Pemangku Raja Pahang,Tengku Abdullah telah melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst England dapa tahun 1979 hingga 1980.Baginda telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1980 oleh Ratu England Queen Elizabeth 11.Baginda kemudian dilantik sebagai Pegawai Kehormat Kor Kavalri Diraja (sekarang Kor Amor Diraja) Tentera Darat Malaysia dengan menyandang pangkat Kapten.Seterusnya pada 18 November 1987 baginda dinaikkan pangkat ke Major Kehormat.Pada 1999,Baginda ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarela berpangkat Leftenan Kolenel dan menyandang jawatan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah (kini bergelar Brigedier Jeneral).







Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 14 November 2012

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM)..



Assalamualaikum.Lama rasanya saya tidak update blog ini.Alhamdulillah,sekarang saya kembali berkesempatan untuk menyambung kisah Warisan Permaisuri Melayu.Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya membuat entry tentang Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia ini? Dan apa kena mengena LKPIM dengan Permaisuri di negara kita.Sebenarnya banyak kaitan LKPIM dengan Permaisuri Melayu.Ini kerana kebanyakan Permaisuri terlibat secara aktif di dalam Pertubuhan Kebajikan ini.LKPIM juga ditubuhkan oleh Permaisuri Melayu dan kerja kebajikan yang dilakukan bukanlah sedikit.Ia diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang bersusur galur daripada Permaisuri Melayu.


Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) ditubuhkan pada tanggal 17 Oktober 1961.Persatuan ini ditubuhkan atas rasa keperihatinan dan keinsafan Yang Maha Mulia Tuanku Puan Besar Kursiah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin terhadap penderitaan dan kesengsaraan kaum wanita dalam menghadapi kemelut rumah tangga terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Di awal penubuhannya,LKPIM dianggotai oleh 7 orang sahabat Tuanku Puan Besar Kursiah dan YMM Tuanku memegang jawatan sebagai Yang Dipertua.Anggota lain terdiri daripada  Almarhum Tunku Asiah,Puan Sri Dato' Puteh Mariah Binti Ibrahim Rashid,Che Tom Khir Johari,Fatimah Musa,Puan Aminah Bahaman dan Nyonya Razif yang merupakan isteri kepada Duta Indonesia ke Malaysia ketika itu.



Apabila baginda ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong yang pertama pada 27 Ogos 1957, baginda berjaya mengumpulkan beberapa orang wanita di ibu kota untuk membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita-wanita Islam dan mencari jalan untuk mengatasinya.
Nyonya Razif (isteri Duta Indonesia ke Malaysia ketika itu) yang berpengalaman mengenai persatuan-persatuan kebajikan wanita di Indonesia dengan sukarela memberi petunjuk dan pandangan tentang cara-cara menubuhkan sebuah persatuan kebajikan untuk wanita-wanita di Malaysia.  Dengan galakan dan usaha inilah maka LKPIM ditaja pada 1 April 1960 di Istana Negara.
 
Malangnya penubuhan LKPIM terbengkalai hampir setahun kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Rahman.LKPIM kembali aktif terutama setelah diluluskan pendaftarannya pada 17 Oktober 1961.  Penubuhan ini sekarang dikenali sebagai Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia dengan keahlian seramai hampir 20,000 orang.  Ianya mempunyai 14 Perhubungan Negeri di seluruh negara dengan satu cawangan di Tawau.Sehingga kini,LKPIM mempunyai 3 orang Yang Dipertua sepanjang penubuhannya.Mereka ialah YMM Tuanku Puan Besar Kursiah yang berkhidmat bermula 1961-1999,YMM Tengku Budriah yang berkhidmat pada tahun 1999-2008 dan Yang Dipertua yang terbaru iaitu YMM Tuanku Najihah yang merupakan adinda kepada Tuanku Puan Besar Kursiah.








Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...