Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 29 November 2011

YAM Tunku Puan Nora Almarhum Tengku Ahmad (Sultanah Nora Ismail).



Kali ini kita bercerita tentang Mantan Sultanah Johor pula.Merupakan salah seorang bekas Sultanah yang masih hidup dan kini masih bersemayam di Johor.Merupakan puteri kelahiran Kelantan.Baginda yang dimaksudkan ialah
Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad,D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.(Kelantan).


Ketika kemahkotaan baginda sebagai Sultanah.

Bersama kerabat diraja Kelantan termasuk adinda baginda Tunku Puan Zanariah dan Tengku Iskandar.

Diputerikan pada tahun 1937 di Istana Dusun Green Pasir Mas Kelantan.Baginda merupakan puteri Diraja Kelantan.Tunku Puan Nora merupakan puteri sulung kepada YAM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad Almarhum  Tengku Long Abdul Jaafar.Baginda juga merupakan kekanda kepada YAM Tunku Puan Zanariah yang juga merupakan Mantan Sultanah Johor.


Bertemu jodoh dengan DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada bulan Oktober tahun 1978 sebagai isteri kedua setelah kemangkatan Almarhum Sultanah Aminah.Ketika itu baginda berusia 39 tahun.Namun perkahwinan baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Bersama Tengku Puan Pahang yang merupakan cucunda tiri baginda.

Ketika suatu majlis di tahun 1984.

Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor sejurus selepas berkahwin dengan Sultan Ismail.Baginda memakai gelaran DYMM Sultanah Nora.Baginda menjadi Sultanah Johor hanya selama 3 tahun sahaja sehingga kemangkatan Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1981.Baginda masih menggunakan gelaran Sultanah sehinggalah cucunda tiri baginda ,DYMM Sultan Ibrahim Ismail menaiki takhta.Gelaran Sultanah baginda telah dilucutkan dan digantikan dengan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Puan.Perlucutan gelaran ini dibuat pada 17 Februari 2011.Kini baginda telah berusia 74 tahun dan masih bersemayam di Johor.Sama-samalah kita doakan kesihatan baginda.
Berikut gambar kenangan Tunku Puan Nora:





Monday, 28 November 2011

Dongengan Istana Negara...



Seorang jutawan berbangsa Cina,Encik Chan Wing mahu memiliki sebuah kediaman untuk diduduki.Lalu dia mengarahkan arkitek untuk membina sebuah rumah yang paling besar dalam sejarah Kuala Lumpur.Kediaman mewah ini siap pada tahun 1928 dengan harga RM 150 000.Namun cerita bangunan bersejarah ini tidak terhenti setakat ini sahaja.


Semasa berlangsungnya perang Dunia Ke 2 sekitar tahun 1942 sehingga 1945,bangunan ini diduduki oleh pihak Tentera jepun dan dijadikan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun.Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 15 Ogos 1945,Pentadbiran Tentera British telah mengambil alih bangunan ini untuk kegunaan pegawai tentera.Kemudian,pada tahun 1950,kerajaan Negeri Selangor telah mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan sebagai Istana Sultan Selangor,DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj sehinggalah tahun 1957.


Pada lewat tahun 1950an,Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru dibentuk telah membeli bangunan ini untuk dijadikan Istana Rasmi bagi Ketua Negara iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.Kerajaan membeli bangunan ini dengan harga RM 1.4 Juta.Seorang arkitek daripada Jabatan Kerja Raya,Encik E.K Dinsdale telah ditugaskan untuk kerja membaik pulih dan mengindahkan bangunan ini agar sesuai dijadikan sebagai Istana bagi sebuah negara yang merdeka.Beliau telah berjaya menghabiskan kerja-kerja membaik pulih hanya dalam masa 4 bulan sahaja.

 DYMM Tuanku Abdul Rahman sedang meninjau kerja membaik pulih Istana Negara.

Semasa kerja membaik pulih itu dijalankan,seramai 60 orang pekerja telah diupah,320 meter karpet berwarna kuning diraja dan biru telah dihamparkan di dalam istana,3000 liter cat berkualiti digunakan dan sedozen tenaga arkitek tempatan.Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 bilik kepada 20 bilik,dapur yang boleh memuatkan 100 orang,balai mengadap,4 bilik tetamu,2 balai kemasukan dan sebuah dewan santapan.
Penghawa dingin yang diimport dari Amerika Syarikat telah ditempatkan di dalam istana.Selain itu, lampu hiasan dari Perancis,set kutleri yang diperbuat daripada perak dan kristal dari negara Britain juga dibawa masuk ke dalam istana.Barang-barang elektrik pula diimport dari Jerman.Tirai Venetian dari negara Hong Kong dan jubin dari Hong Kong dan Sepanyol juga merupakan antara hiasan yang dibawa untuk mengindahkan istana.Kos keseluruhan membaik pulih istana menelan belanja sebanyak RM330 000.Kerja pemulihan itu dapat disiapkan seminggu sebelum istiadat pertabalan DYMM Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertuan Agong pertama.Baginda ditabalkan pada 3 Ogos 1957.



Istana ini berkeluasan 11.34 hektar terletak di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur,dibina di lereng Bukit Petaling,dan menghadap Sungai Klang.Terdapat 4 bilik utama di dalam istana ini.Terdiri daripada Balairong Seri,Dewan Mengadap,Bilik Permaisuri,dan Bilik Duta.Bagi upacara pertabalan,Balairong Seri sementara yang dibina pada tahun 1957 dengan harga RM 170 000 telah dimusnahkan pada penghujung tahun dan digantikan dengan Balairong Seri yang lebih besar.Namun,pengubahsuaian pada tahun 1980 adalah paling menyeluruh.Inilah kali pertama Singgahsana diletakkan di Balairong Seri.Singgahsana baru itu telah dibina dibawah kelolaan Arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kapten David Wee dan Tun Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie telah mengilhamkan senibina Singgahsana itu berasaskan alat kebesaran diraja.

Balairong Seri Istana Negara.



Keseluruhan kawasan ini berpagar dan jata Yang di-Pertuan Agong adalah diletakkan pada setiap jejari besi antara dua batang tiang sekeliling pagar. Di bahagian hadapannya terdapat pintu utama dan dibina menyerupai pintu gerbang yang indah. Di kiri kanan pintu gerbang ini didirikan pula dua buah pondok khas sebagai tempat berteduh pengawal berkuda yang memakai pakaian istiadat yang segak ala Buckingham, London.
Oleh kerana kawasan istana tidak terbuka kepada orang ramai dan pelancong mengunjunginya, maka kawasan Pintu Utama Istana adalah tempat yang paling digemari oleh pelancong mengambil gambar.



 Antara ruangan dan bilik yang terdapat di Istana Negara Jalan Syed Putra:

Dewan Banquet.

Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Dewan Mengadap Kecil. 

Bilik Duta.

Bilik Menteri.

Bilik Permaisuri.
Singgahsana Istana.

 


 

Friday, 25 November 2011

Istana Negara Baru Jalan Duta..Lambang Kemegahan Sistem Raja Berpelembagaan..


Kompleks Istana Negara Jalan Duta merupakan sebuah kompleks yang menempatkan Istana Negara yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur.Istana baru ini digunakan secara rasminya pada 15 November 2011 menggantikan Istana Negara Jalan Syed Putra.Istana ini sekarang menjadi tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong dan Raja Permaisuri Agong .Tuanku Mizan merupakan Yang Dipertuan Agong pertama bersemayam di Istana ini dan Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 akan diadakan di Istana baru ini.

Pandangan Luar Istana Negara..


Istana Negara Jalan Duta kelihatan gah.

Ketika masih dalam pembinaan.

Pintu Gerbang Istana Negara.



Istana Negara Jalan Duta ini mempunya tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi,Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
Istana Negara ini mempunyai 3 jalan masuk utama terdiri daripada Pintu gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta.Jalan ini merupakan jalan yang digunakan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Permaisuri-permaisuri,Yang Dipertua Negeri,Ketua Negara dan juga Ketua Kerajaan.
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan -Dungun merupakan jalan kegunaan tetamu-tetamu Diraja.
Pintu 3 yang terletak di Jalan Sri Hartamas Mont Kiara adalah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Yang Dipertuan Agong,Raja Permaisuri Agong dan Pentadbiran Istana Negara.

Balai Rong Seri dan Bilik Mengadap..


Singgahsana Kecil.




Kerajaan Malaysia telah mencadangkan pembinaan Istana Baru bagi menggantikan Istana Negara Lama yang telah digunakan sejak tahun 1928.Istana Negara Lama sebenarnya dibeli oleh kerajaan daripada seorang jutawan cina untuk dijadikan istana.Kompleks Istana Negara Baru ini dibina di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagi kepada 4 sayap termasuk kawasan meletak kenderaan.Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan yang lain berkeluasan lantai 90 082 meter persegi.Istana ini menelan belanja sebanyak RM 812 juta.Kontrakot utama pembinaan istana ini adalah Maya Maju Sdn Bhd dengan kontrak bernilat RM650 juta.Manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju Pintu Gerbang Utama Istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan kontrak bernilai RM 130 juta.

Senibina istana melambangkan Islam dan Melayu ,tatarias lampu,pemalapan dan pencahayaan luar dan dalam istana adalah berbeza.Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang tersendiri di samping menjimatkan tenaga.Sistem ini dipusatkan dan dikawan oleh 10 butang kawalan di lokasi yang berbeza.

Ruang Santapan..



Majlis Penyerahan Istana Negara Baru Jalan Duta telah diadakan di Dewan Serbaguna Diraja diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Pihak Pengurusan Istana Negara pada 18 Oktober 2011.Aturcara penyerahan bangunan disempurnakan dengan sesi menandatangani penyerahan dan penerimaan sijil penyeraha bangunan di antara Timbalan Ketua Setiausaha Kanan YBhg Datuk Othman bin Haji Mahmood dari JPM dan YM Dato' Pengelola Bijaya Diraja YM Tengku Datuk Farok Hussein Bin Tengku Abdul Jalil yang mewakili pihak Istana Negara.

Lain-lain Ruang Di Istana Negara..








Tanggal 15 November 2011 secara rasminya berpindahlah Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dari Istana Negara Lama ke Istana Negara Baru Jalan Duta.Perpindahan tersebut dilakukan dengan simbolik perpindahan Bendera peribadi Yang Dipertuan Agong.Upacara menurunkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Lama dilakukan pada jam 9 pagi.Manakala upacara menaikkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Baru disempurnakan pada pukul 10.25 pagi.

Acara berlangsung di Dataran Istana Negara.Upacara bermula dengan perarisan 52 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja serta 12 skuadron Istiadat Berkuda diiringi tiupan fajar.Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Tengku Farok Hussien Tengku Jalil kemudiannya menyerahkan bendera kepada Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.

Bendera Yang Dipertuan Agong dinaikkan dengan diapit dua bendera Jalur Gemilang serta 14 bender negeri.Kaedah menaikkan bendera pada tiang berketinggian 30 meter dilakukan secara automatik berbeza dengan Istana Lama yang dinaikkan secara manual.Upacara diakhiri dengan bacaan doa.








































Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...