Anda Pengunjung Ke :

Saturday 24 December 2011

DYMM Almarhum Raja Perempuan Taayah Raja Abdul Hamid...


Tentu anda mengenali siapakah gerangan wanita di atas kerana tulisan sebelum ini ada kaitan dengan baginda.Tetapi saya pasti ramai daripada generasi hari ini tidak mengenali siapakah baginda.Baginda merupakan bonda tiri kepada Sultan Perak sekarang.Baginda yang dimaksudkan ialah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Taayah Binti Almarhum Raja Abdul Hamid,P.J.K.


Raja Perempuan Taayah diputerikan pada tahun 1892 di Bukit Chandan Kuala Kangsar.Baginda merupakan kerabat diraja Perak dimana baginda merupakan cucunda Sultan Perak dan Almarhum  Sultan Abdul Aziz adalah ayahanda saudara baginda.Ayahanda baginda ialah YAM Raja Bendahara Raja Abdul Hamid Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al Azzam Shah Rahmatullah.Sementara bonda baginda pula ialah YBhg Che' Zaidah Binti Haji Mat Saman.

Raja Perempuan Taayah merupakan isteri pertama kepada Almarhum DYMM Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-lah,Sultan Perak ke 28.Mendirikan masjid bersama Sultan Yussuf pada 7 Mac 1912 di Istana Negara Kuala Kangsar Perak.Baginda berkahwin ketika berusia 20 tahun.Baginda bukanlah bonda kandung kepada DYMM Sultan Azlan Shah.Bonda kandung Sultan Azlan ialah Almarhum YTM Bonda Raja Toh Puan Besar Hatijah Binti Dato Wangsa Ahmad.


Baginda ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perak pada 17 April 1949 di Kuala Kangsar Perak.Baginda menaiki takhta di usia 57 tahun. Baginda menjadi Raja Perempuan hingga ke akhir hayat baginda.Raja Perempuan Taayah mangkat dalam usia 70 tahun pada 18 Februari 1962.Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan Kuala Kangsar.Raja Perempuan Taayah dimakamkan di sebelah makam ayahanda saudara baginda Almarhum Sultan Abdul Aziz.Istiadat pemakaman diraja dihadiri oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan juga Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra.

Raja Perempuan Taayah merupakan permaisuri yang disayangi oleh rakyat Perak.Baginda terkenal dengan sikap yang ramah mesra.Baginda boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Baginda dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 7 Februari 1955.Sebagai menghargai sumbangan baginda,kerajaan negeri Perak telah menamakan sebuah sekolah di Perak dengan nama baginda.Sekolah Raja Perempuan Taayah merupakan sebuah sekolah yang amat dikenali di negeri Perak.

Gambar kenangan bersama Sultan Azlan Shah,Almarhum Sultan Yussuf,dan Tuanku Bainun.





2 comments:

  1. Assalamualaikum admin, sy nk tny.. masa anak opah sy kahwin.. alat perkahwinan dan alat kebesaran semua dari Raja Perempuan Taayah.. opah bernama jaayah bin Mohamed Yacob (Penghulu Mukim Beruas lantikan Sultan).. yg kahwin tu anak jaayah bin Mohamed Yacob (Tok yakob).. ada gertak tok yaakob di beruas.. kg chendrong klubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sy thu ke kaitan antara mereka

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...